Arteta mahu jendela perpindahan Liga Saudi ikut Eropah

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mahu jendela perpindahan Liga Pro Saudi ditutup pada masa yang sama seperti di Eropah.

Sebilangan besar pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berpindah ke kelab Arab Saudi sejak akhir musim lalu selepas liga di negara tersebut membenarkan pelaburan besar membawa masuk pemain ternama.

Beberapa pemain bintang seperti Karim Benzema, Neymar dan Sadio Mane antara nama besar yang 'ditarik' ke liga tersebut dan ditawarkan gaji lumayan.

Jendela perpindahan EPL ditutup pada Jumaat depan, tetapi kelab Saudi akan dapat menandatangani dan mendaftar pemain baharu sehingga 20 September.

Ini membuka kemungkinan kelab EPL kehilangan pemain kepada kelab Arab Saudi tanpa dapat menggantikan mereka.

Ditanya sama ada keadaan itu adil kepada pasukan di Eropah, Arteta memberitahu pemberita: "Tidak, kerana ia adalah pesaing sekarang.

Tidak, saya fikir kita perlu mengubahnya," katanya.

Sama ada tarikh akhir Liga Pro Saudi perlu sejajar dengan Eropah, Arteta berkata: "Itu pendapat saya, ya.Mereka adalah pesaing dan ia membawa peluang lain untuk pemain, pengurus dan orang yang bekerja dalam industri untuk membuat keputusan," katanya.

Arteta percaya kehilangan pemain selepas jendela ditutup akan menggugat kestabilan pasukan dengan pengurusan kelab sudah tentu akan melihat kepada nilai ditawarkan pasukan lain.

"Ya, sangat banyak (ia akan menjadi masalah).

Tetapi saya tidak boleh membuat keputusan untuk kelab.

Ramai orang yang terlibat dalam proses itu dan mereka pasti akan berkata kelab akan melakukan perkara yang sama.

"Ia akan berada di atas meja seperti mana-mana tawaran dan anda perlu melihatnya.

Satu-satunya perkara yang saya katakan ialah ia tidak ideal kerana mereka adalah pesaing," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!