PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah
JOHOR BAHRU - Sorakan dan jeritan 'reformasi', 'tolak PN' serta 'tolak rasuah' bergema daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang berkumpul di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.
Hampir 1,000 penyokong PH-BN yang berpakaian serba merah dan merah jambu dengan bendera parti masing-masing melaungkan demikian, namun keadaan terkawal.
Terdahulu mereka mengiringi bakal calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dengan berarak dari Pejabat Pos Besar Johor Bahru.
Mereka mengibarkan bendera PH dan BN sebelum tiba di hadapan pusat penamaan calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, jam 8.40 pagi.
Antara pemimpin yang hadir mengiringi Suhaizan adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Amanah Johor, Amimolhuda Hassan.
ARTIKEL BERKAITAN:
PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini
Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini
PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN
Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai
PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai
PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai
Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi
PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!