PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

Kamarul Zaman (kiri) meninjau keadaan di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru pada Sabtu.
Kamarul Zaman (kiri) meninjau keadaan di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini tenang tanpa sebarang gangguan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, keadaan di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram juga berlangsung dalam keadaan terkawal.

"Meskipun ramai penyokong kedua-dua parti mengiringi calon parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) dianggarkan melebihi 1,000 penyokong, namun tiada provokasi berlaku.

"Proses penamaan calon pada sebelah pagi berjalan lancar dan terkawal, tidak ada perkara tidak diingini yang berlaku," katanya selepas melawat Pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, anggota polis sudah bersiap sedia di pusat penamaan calon sejak jam 4 pagi bagi mengatur gerak perjalanan lalu lintas dan keselamatan.

Katanya, seramai 1,200 pegawai dan anggota polis ditempatkan di sekitar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim manakala 500 ditempatkan di pusat penamaan calon Simpang Jeram.

"Bilik gerakan yang memantau situasi di pusat penamaan calon di DUN Simpang Jeram juga dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar.

"Kesemua penyokong yang hadir juga dilihat dapat mengikut arahan yang ditetapkan oleh anggota dan pegawai polis yang berkawal di pekarangan pusat penamaan calon tersebut, tiada provokasi berlaku," katanya.

Tambahnya, setakat ini polis masih belum menerima sebarang permohonan permit bagi kempen dan aktiviti berkaitan yang akan dijalankan.

"Polis beri amaran supaya berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R (isu agama, raja dan kaum).

"Polis seboleh-bolehnya akan membantu memudahkan proses permohonan itu melainkan kita berpandangan ia tidak sesuai atas faktor keselamatan pada masa berkenaan, kita menolak permohonan atau akan mencadangkan perubahan masa dan sebagainya," katanya.

Seramai 927 anggota polis akan mengundi awal pada PRK Parlimen Pulai, namun tiada anggota yang terlibat bagi pengundian awal PRK DUN Simpang Jeram.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!