PRK: Zulkifli fokus masalah rakyat ketika kempen

Zulkifli (tengah) diiringi lebih 1,000 penyokongnya semasa tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
Zulkifli (tengah) diiringi lebih 1,000 penyokongnya semasa tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar akan memanfaatkan tempoh kempen sepanjang 14 hari untuk fokus masalah rakyat di kawasan itu.

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai itu berkata, beliau akan menggunakan kelebihan sebagai anak kelahiran Tampoi di sini untuk berdamping dan mendekati pengundi.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah bergerak bersama jentera mengikut jadual yang sudah disusun dan berharap mampu berkempen di seluruh pelusuk Pulai.

"Saya akan lihat pelbagai masalah seperti banjir kilat serta isu rakyat yang lain.

"Kelebihan sebab saya lebih mengenali mereka (pengundi) dan sebelum ini saya juga banyak bertemu dengan masyarakat khususnya semasa pandemik Covid-19, Insya-ALLAH saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.

Ini adalah kali pertama Zulkifli, 50, yang merupakan seorang usahawan dan aktif sebagai Timbalan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Parlimen Pulai bertanding dalam pilihan raya.

Terdahulu lebih 1,000 penyokong PN hadir memberikan sokongan dengan berarak mengiringi Zulkifli dengan paluan gendang, sorakan dan kibaran bendera parti di samping selawat.

Antara pemimpin parti yang hadir Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut hadir, Naib Presiden Bersatu serta Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di DUN Simpang Jeram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!