PRK: PH ada kelebihan menang di Pulai, Simpang Jeram - Anthony Loke

Anthony
Anthony
A
A
A

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada pilihan raya kecil (PRK) ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, peluang itu mengambil kira faktor PH yang merupakan penyandang di kerusi berkenaan selain turut dibantu oleh pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Saya yakin kedua-dua kerusi ini ada potensi untuk kita pertahankan kerana kedua-duanya adalah kerusi penyandang dan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub juga merupakan pemimpin yang sangat dihormati dan disanjungi selain mempunyai 'track record' yang cukup baik.

"Kedua-dua kerusi ini juga merupakan kerusi campuran dan sudah tentu PH ada kelebihan. Tambahan pula kita dapat sokongan daripada UMNO Johor yang mana kita tahu Johor merupakan kubu kuat UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bagi Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad di sini pada Sabtu.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan turut menyatakan keyakinan dengan kedua-dua calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditampilkan di kerusi berkenaan.

"Pimpinan parti Amanah diyakini sudah menjalankan kaji selidik dan menganalisa kekuatan calon masing-masing dan sudah tentu sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti akan didokong oleh rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.

Hari ini penamaan calon kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru dalam PRK kawasan berkenaan.

Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor dan Ketua Amanah Bahagian Pulai akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar.

Zulkifli adalah Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai yang juga usahawan kelahiran Tampoi.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi, pula diumumkan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pulai.

DUN Simpang Jeram PH meletakkan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM), Nazri Abd Rahman sebagai calon sementara PN diwakili pakar bedah, Dr Mazri Yahya, manakala S Jegananthan mewakili Bebas.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK DUN Pelangai di Pahang, Anthony Loke berkata, kerusi tersebut akan ditandingi oleh calon dari UMNO-BN yang merupakan penyandangnya.

“Kami memang sudah ada persefahaman, kalau kerusi penyandang, ia akan terus ditandingi oleh parti yang menyandang kerusi tersebut dan sudah tentu PH tidak akan letakkan calon bagi kerusi DUN Pelangai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!