Takiyuddin perlu lebih rasional

Che Isham Sharudin
Che Isham Sharudin
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sepatutnya lebih rasional dalam berbicara soal pengampunan penuh yang telah diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Biro Komunikasi dan Media Urusetia Penerangan PKR Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin berkata, ini kerana kenyataan dikeluarkan beliau dikhuatiri boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kuasa eksekutif istana lebih-lebih lagi Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Takiyuddin sebagai Ahli Parlimen seharusnya lebih sensitif terhadap kenyataan yang dikeluarkan lebih-lebih lagi Agong pada ketika itu adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang disegani serta dikenali sebagai seorang yang tegas dan berpendirian.

“Adakah Datuk Takiyuddin bermaksud Sultan Kelantan ini boleh dipengaruhi oleh orang lain dalam membuat keputusan?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Takiyuddin yang didakwa mempersoalkan adakah rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.

Takiyuddin membuat kenyataan itu ketika ceramah di Taman Indah, Sandakan baru-baru ini.

Che Isham berkata, pihaknya amat berharap agar Takiyuddin lebih menumpukan kepada soal manifesto mereka bila berkempen kerana ia dilihat lebih afdal untuk parti Pas membantu calon beragama Islam di Sandakan.

“Sudah tentu jika calon tersebut menang, Insya-ALLAH mana tahu nanti calon tersebut akan menyokong Pas seterusnya memperkuatkan lagi pengaruh Pas di Parlimen.

Artikel Berkaitan:

“Jika berbicara soal bekas banduan, sepatutnya Takiyuddin sebagai seorang peguam boleh membezakan antara banduan jenayah sivil dengan banduan konspirasi politik.

“Sewaktu Pas dalam Pakatan Rakyat, Takiyuddin turut mempertahankan Anwar namun kini mengapa skrip itu sudah berubah dengan begitu drastik?," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!