Masih tak serik

Antara barang rampasan yang ditemui pada suspek. - Foto PDRM
Antara barang rampasan yang ditemui pada suspek. - Foto PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki yang berstatus dikehendaki polis masih tidak serik selepas ditahan dalam serbuan menerusi Op Tapis di sebuah rumah dekat Jenderak Utara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, suspek berusia 52 tahun yang juga seorang buruh binaan ditahan dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak polis menemui satu beg silang mengandungi dua peket plastik dadah berbahaya jenis heroin seberat 22.13 gram bernilai RM664.

"Suspek melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

"Hasil pemeriksaan, suspek memiliki satu kes dikehendaki berkaitan dadah dan lima kes lampau juga berkaitan dadah," kata beliau pada kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis heroin.