Jalur Gemilang lukisan tangan 201.2m semarak merdeka di UMK

Razli mengecat bintang pada bendera sebagai simbolik bendera sepanjang 201. 2 meter siap sepenuhnya.
Razli mengecat bintang pada bendera sebagai simbolik bendera sepanjang 201. 2 meter siap sepenuhnya.
A
A
A

KOTA BHARU -[DIKEMAS KINI] Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuat Jalur Gemilang lukisan tangan sepanjang 201. 2 meter (m) sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 pada Ahad.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak berkata, bendera yang dicat tangan itu disertai semua 28 kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UMK dan mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.

Menurut beliau, bagi memudahkan kerja-kerja mengecat, mereka membahagikan kain putih di setiap PTJ.

Kakitangan UMK membuka gulungan bendera sepanjang lebih 200 meter di Pusat Sukan UMK.
Kakitangan UMK membuka gulungan bendera sepanjang lebih 200 meter di Pusat Sukan UMK.

"Semua kakitangan mengambil bahagian dan bersemangat mengecat menggunakan tangan sebelum dikumpulkan untuk dicantumkan," katanya selepas menghadiri Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Universiti Malaysia Kelantan.

Razli memberitahu, banyak program yang berlangsung sepanjang sambutan bulan kemerdekaan termasuk memasak bubur asyura, kembara patriotik dan pertandingan sukan rakyat.

"Kami juga mengekalkan tema tradisional seperti tahun lalu supaya dapat meningkatkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga universiti," katanya.

Warga UMK melaungkan 'merdeka' Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK.
Warga UMK melaungkan 'merdeka' Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK.

Jelas beliau, bendera berkenaan akan dipamerkan di sekeliling pagar universiti berkenaan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menghargai usaha semua warga UMK.

Sempena program berkenaan, seramai 500 penonton yang memenuhi Bangunan Astaka, Pusat Sukan UMK menyaksikan persembahan paramotor, konvoi peserta kembara patriotik, pantomin dan perarakan lukisan bendera jalur gemilang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!