Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tunai umrah, tinggalkan 3 anak

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah semalam.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah semalam.
A
A
A

PASANGAN selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah semalam.

Syatilla yang memuat naik foto mereka bersama cahaya mata di lapangan terbang meminta agar semua mendoakan perjalanannya.

"Doakan perjalanan kami," tulisnya. Pelakon itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, mereka terpaksa meninggalkan tiga orang anak mereka Syeriv Samhiezy, 6, Sarima Samhiezy, 3, Salama Samhiezy, 2, dan bertawakal agar berada dalam lindungan Allah.

"Bubu and bapak i. Allah jaga semua, pasti," pintanya.

Sebahagian keluarga Syatilla turut berangkat sekali menunaikan ibadah berkenaan termasuk Syafiqa Melvin.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan urusan mereka dipermudah.

Ini bukan pertama kali pasangan itu menunaikan umrah, kali terakhir pada tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!