Tambah populasi burung pungguk jelapang kawal tikus perosak

Awang Adek (kiri) melihat burung pungguk jelapang Majlis Perasmian Usains Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian (U Borg) dan Penukaran Nama Usains Healthcare Sempena 25 Tahun Dalam Industri.
Awang Adek (kiri) melihat burung pungguk jelapang Majlis Perasmian Usains Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian (U Borg) dan Penukaran Nama Usains Healthcare Sempena 25 Tahun Dalam Industri.
A
A
A

KOTA BHARU - Penambahan populasi burung pungguk jelapang di daerah ini mampu mengawal tikus perosak di ladang pertanian dan kawasan sub bandar.

Justeru, Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Usains mengambil inisiatif menubuhkan Usains Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian dengan memasang sarang tiruan burung berkenaan dalam kawasan kampus.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM, Datuk Seri Dr Awang Adik Hussin berkata, pemasangan di kampus itu merupakan projek perintis di negara ini bertujuan melaksanakan penggunaan burung itu sebagai kaedah kawalan berkesan menghindari tikus.

"Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang sebagai kaedah kawalan tikus.

"Program ini juga diharap dapat memberi perkhidmatan kawalan kawalan tikus perosak di kampus dan kawasan sawah sepanjang Sungai Kemasin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Usains Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian (U Borg) dan Penukaran Nama Usains Healthcare Sempena 25 Tahun Dalam Industri.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Usains Holding Sdn Bhd, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Awang Adek turut memberitahu, projek terbabit dijangka menyokong amalan pertanian mesra alam di samping membantu petani meminimumkan kerugian tanaman akibat tikus perosak.

Sementara itu, Dr Hafsah berkata, penubuhan U Borg merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Usains untuk komuniti.

Katanya, Usains menyediakan dua kotak sarang tiruan di kawasan padang golf USM dan tiga lagi bakal di pasang di lokasi sesuai yang akan dikenal pasti.

"Pemasangan kotak atau rumah burung ini mengambil kira kelestarian alam sekitar, sosial dan pengurusan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!