Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan

Abdul Hadi pada Sesi Dialog Rakyat di Bilik Operasi PRK kawasan Pulai hari ini. - Foto Bernama
Abdul Hadi pada Sesi Dialog Rakyat di Bilik Operasi PRK kawasan Pulai hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pas akan mengadakan majlis dialog bersama Gerakan bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah agama.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

"Kita akan adakan dialog (dengan Gerakan), ini bukan kali pertama. Ia sentiasa dibuat. Itu (isu modul) cuma satu isu sahaja, banyak isu-isu lain (yang juga diperbincangkan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program dialog bersama rakyat Parlimen Pulai di Taman Tampoi Utama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas akan memberi penjelasan mengenai modul itu kepada Gerakan yang mempertikaikan pelaksanaannya.

Hari ini, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Pas menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan modul di 289 sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid beragama Islam.

Pada 19 Ogos lepas, KPM melancarkan modul hadis itu yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli

KPM sedia bincang kekeliruan pelaksanaan modul penghayatan hadis

'Mana Pas bila Gerakan bersuara isu modul hadis 40' - Nur Jazlan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!