Bekas Pengarah Bomba Selangor meninggal dunia

Allahyarham Morni menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini
Allahyarham Morni menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat meninggal dunia di Hospital Serdang, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari (CCU), hospital berkenaan pada jam 6.45 pagi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Morni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Allahyarham Morni, 56, bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM dimasukkan ke Hospital Serdang pada 19 Ogos lalu akibat serangan jantung.

Sementara itu, JBPM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan masa dan tempat jenazah Allahyarham dikebumikan akan dimaklumkan kemudian.

"Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!