Sensasi Kane pacu kemenangan Bayern

Kane - Foto AFP
Kane - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Harry Kane memacu kemenangan Bayern Munich ketika mengalahkan Augsburg 3-1 dalam penampilan sulung kancah Bundesliga awal pagi Isnin.

Kapten England itu menyumbat dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 dan jaringan keduanya selepas 69 minit permainan di Allianz Arena.

Bayern sebelum itu terlebih dahulu di depan apabila Felix Uduokhai tertampan bola ke gawang sendiri selepas rembatan Leroy Sane terkena tiang.

"Menghasilkan gol adalah sebab utama saya berada di sini. Saya meledak dua gol dan ia amat bagus," ujar Kane.

Jaringan Kane tersebut melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Kane amat berpuas hati dengan aksinya dan rakan sepasukan.

“Saya juga terlepas satu peluang terhidang tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan keputusan ini," kata Kane.

Gol saguhati Augsburg pula dihasilkan oleh Dion Drena Beljo pada minit ke-86.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!