Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemuda terlantar akibat kanser rayu bantuan teruskan kehidupan

28 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 OGOS 2023

Hidup seorang pemuda berubah sekelip mata selepas disahkan menghidap kanser limfoma tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Bukan itu saja, Mohammad Asma'an Zulkefle juga tidak mampu bergerak seperti dahulu selepas tulang pinggulnya disahkan mati berikutan saluran darahnya dikatakan mengecut dipercayai kesan daripada pengambilan ubat.

Keadaan itu menyebabkan bekas pekerja sektor minyak dan gas berkenaan tidak lagi mampu untuk bekerja dan hilang sumber pendapatan.

Disebabkan itu, dia menagih pertimbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mempertimbangkan semula permohonannya untuk mendapatkan pencen ilat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/275853/'Jika-lambat-dirawat-peluang-untuk-hidup-50-50'

Muzik: www.bensound.com