Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

Sir Asai yang memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Education di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. Foto: Instagram @TV3Malaysia.
Sir Asai yang memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Education di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. Foto: Instagram @TV3Malaysia.
A
A
A

PENERAPAN elemen hubung kait dalam mendidik masyarakat memahami penggunaan kosa kata bahasa Inggeris berjaya menjadikan pempengaruh, Sir Asai sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Education pada Ahad.

Sir Asai atau nama sebenarnya Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim berkata, hubung kait adalah rahsia kejayaannya dalam melakukan kandungan video berbentuk ilmiah dan bermanfaat untuk tontonan pelbagai lapisan umur.

“Perkara yang relatable (berhubung kait) adalah ramuan rahsia saya. Semua pernah melalui masalah kesalahan tatabahasa, cara sebutan atau penggunaan kosa kata.

“Apabila kita tekankan ilmu yang betul, orang ramai akan dapat relate, jadi ini lah cara belajar yang betul,” ujarnya menerusi hantaran video di Facebook.

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.

Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Tiger Labu ( Live Creator of The Year) Upin & Ipin (Popular Animation Account of The Year) dan Ikhmal Nour (Rising Star of The Year).

Selain itu, Eiqa Maleq (Best of Entertainment), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Anas Zahrin (Tiktok Shop Creator of The Year) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!