Seorang maut, tiga cedera insiden tembakan di hotel
ANKARA - Seorang terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah resort di daerah Bodrum Turkiye, lapor Sptunik memetik laporan media tempatan.
Tembakan berlaku akibat perselisihan faham antara tiga orang yang baru tiba di hotel itu dengan kereta dan tiga yang lain yang sudah pun berada di situ, lapor akhbar Yeni Safak.
Berdasarkan maklumat awal, tiga orang yang baru sampai menembak ke arah penghuni hotel berkenaan.
Siasatan sudah dimulakan dengan penguatkuasa undang-undang cuba menahan suspek yang cuba melarikan diri.
Pintu keluar masuk ke kawasan itu telah ditutup. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!