Lebih 100 banduan lolos dari penjara di Indonesia

Beberapa penghuni penjara Siak dilihat masih berada di pusat tahanan itu selepas insiden rusuhan dan kebakaran awal pagi tadi.
Beberapa penghuni penjara Siak dilihat masih berada di pusat tahanan itu selepas insiden rusuhan dan kebakaran awal pagi tadi.
A
A
A

JAKARTA - Lebih 100 banduan meloloskan diri dari sebuah penjara di Sumatera hari ini, kata polis Indonesia.

Kejadian berlaku di sebuah penjara di daerah Siak Sri Indrapura, Riau, awal pagi tadi selepas berlakunya rusuhan dan kebakaran di kemudahan tersebut.

Rakaman di stesen TV tempatan menunjukkan sebahagian pusat tahanan tersebut musnah dijilat api.

Sehubungan itu, pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran memburu banduan yang meloloskan diri.

"Seramai 115 banduan telah ditangkap semula," kata Ketua Polis Riau, Widodo Eko Prihastopo.

Difahamkan, penjara terbabit dihuni hampir 650 banduan dan sebahagian besar masih bebas.

"Polis dengan bantuan tentera dan penduduk setempat masih mengesan baki banduan yang melarikan diri," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!