Isu 3R: 88 kes disiasat sejak Januari

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88 kes berkaitan isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja) disiasat oleh polis sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, masyarakat di negara ini disarankan untuk bijak dan matang dalam membuat kenyataan serta berkongsi apa juga pautan melalui media sosial.

"Ini kerana sebarang tindakan yang didapati mempunyai implikasi undang-undang negara ini, boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya yakin rakyat Malaysia matang dan berpendidikan maka janganlah disebabkan emosi dalam penulisan atau sisipan maka kita membuat sebarang tindakan yang boleh menyalahi undang-undang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Isnin.

Justeru, Mohd Shuhaily berharap masyarakat lebih bijak dalam mengeluarkan kenyataan.

"Ingatlah bahawa apa yang ditulis dan dilafazkan mempunyai implikasi undang-undang. Ini adalah bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!