Ahmad Fadhli persoal tindakan jemput anak-anak tahfiz ke konsert
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang menjemput anak-anak tahfiz untuk menghadiri sebuah konsert pada Ahad.
Ahmad Fadhli berkata, beliau sedih dan kesal apabila melihat perkara tersebut menerusi sebuah video tular dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
“Kepada pihak yang menjemput anak-anak tahfiz, jika dilihat kepada pakaian berjubah dan berserban ke konsert itu semalam, saya mohon sensitiflah sikit.
“Apa tujuan pergi hadap anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan?
“Sedih dan terhiris hati rasanya melihat video anak-anak pelajar agama tercengang-cengang terkejut barangkali,” katanya menerusi siaran di Facebooknya pada Isnin.
Pada Isnin, sebuah video tular di media sosial di mana sekumpulan remaja didakwa anak-anak tahfiz merupakan antara pengunjung yang dijemput hadir ke konsert pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!