14 pelajar kena cukur rambut kerana tak pakai anak tudung

Guru berkenaan digantung tugas kerana perbuatannya. (Gambar Hiasan) - Foto Agensi
Guru berkenaan digantung tugas kerana perbuatannya. (Gambar Hiasan) - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah sekolah di Indonesia dilaporkan mencukur rambut lebih 14 pelajar, gara-gara tidak memakai tudung dengan sempurna.

Guru di Sekola Menengah Pertama Negeri (SMPN) 1 di bandar Lamongan, Jawa Timur itu melakukan tindakan tegas tersebut pada minggu lalu.

Susulan dikecam banyak pihak, pengetua sekolah itu bertindak mengemukakan permohonan maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan dan mengesahkan guru tersebut sudah digantung tugas.

"Kesemua mereka tidak memakai anak tudung hingga menampakkan bahagian hadapan rambut masing-masing. Tiada peraturan mewajibkan mereka bertudung, namun kami menyarankan setiap pelajar mengenakan anak tudung supaya tampak lebih kemas," ujar Harto ketika menjelaskan insiden tersebut.

Menurutnya, pihak sekolah akan menyediakan bantuan psikologi kepada kesemua pelajar tersebut.

Kejadian itu turut mengundang kecaman kumpulan hak asasi manusia tempatan.

"Ia sememangnya kes yang serius. Tiada lagi guru yang menggunting rambut pelajar mereka dipecat. Pejabat pendidikan di Lamongan wajar mengenakan tindakan tegas terhadap guru berkenaan," tegas penyelidik kumpulan hak asasi manusia, Andreas Harsono.

Isu tudung pernah mendapat mendapat perhatian pada 2021 selepas seorang pelajar Kristian di Sumatera Barat 'dipaksa' untuk berhijab seperti ditetapkan peraturan sekolah. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!