40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah

Kon Yeow mendahului upacara mengangkat sumpah bagi 40 ADUN Pulau Pinang pada pagi Selasa.
Kon Yeow mendahului upacara mengangkat sumpah bagi 40 ADUN Pulau Pinang pada pagi Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang mengangkat sumpah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada pagi Selasa.

Majlis mengangkat sumpah didahului oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) disusuli Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Profesor Mohamad Abdul Hamid (PKR-Batu Maung) dan Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat).

Sementara itu, turut mengangkat sumpah ialah 11 ADUN Pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga); Mohd Sobri Saleh (Pas-Permatang Berangan); Bukhori Ghazali (Pas-Pinang Tunggal); Muhammad Fauzi Yusoff (Pas-Sungai Dua); Azmi Alang (Bersatu-Telok Ayer Tawar); Mohamad Shukor Zakariah (Pas-Pulau Betong); Muhamad Kasim (Bersatu- Telok Bahang); Nor Zamri Latiff (Pas-Sungai Bakap); Zulkefli Bakar (Bersatu-Penanti), Izhar Shah Arif Shah (Bersatu-Seberang Jaya) dan Amir Hamzah Abdul Hashim (Pas-Permatang Pasir).

Sementara itu, 19 ADUN daripada DAP yang turut mengangkat sumpah ialah Phee Syn Tze (Sungai Puyu); Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal); K Kumaran (Bagan Dalam); Heng Lee Lee (Berapit); Daniel Gooi Zi Sen (Padang Lalang); S Sundarajoo (Perai); Koh Tien Yew (Jawi); Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah); Lim Guan Eng (Air Putih); Woo Sze Seng (Pulau Tikus); Chow Kon Yeow (Padang Kota); Wong Yuee Harng (Pengkalan Kota); Teh Lai Heng (Komtar); Jagdeep Singh Deo (Datuk Keramat); Lim Siew Khim (Sungai Pinang); Oh Ah Teong (Batu Lanchang); Tan Hooi Peng (Seri Delima), Joseph Ng Soon Siang (Air Itam) dan Wong Hon Wai (Paya Terubong).

Dalam majlis sama, Datuk Reezal Merican Naina Merican (UMNO-Kepala Batas) dan Rashidi Zinol (UMNO-Sungai Acheh) pula ADUN daripada Barisan Nasional manakala wakil tunggal Amanah, adalah Azrul Mahathir Aziz (Bayan Lepas).

Bagi tujuh ADUN daripada PKR pula, mereka adalah Lee Boon Heung (Kebun Bunga); A Kumaresan (Batu Uban); Fahmi Zainol (Pantai Jerejak); Mohamad (Batu Maung); Lee Khai Loon (Machang Bubok), Gooi Hsiao Leung (Bukit Tengah) dan Goh Choon Aik (Bukit Tambun).

Majlis Angkat Sumpah 40 ADUN di Bangunan DUN diadakan pada Selasa.
Majlis Angkat Sumpah 40 ADUN di Bangunan DUN diadakan pada Selasa.

Pada 12 Ogos lalu, gabungan PH-BN Pulau Pinang meraikan kemenangan bagi membentuk kerajaan negeri yang baru apabila menang 29 daripada 40 kerusi Dun.

Artikel Berkaitan:

Jumlah itu bukan sahaja cukup untuk membentuk kerajaan negeri malah mencapai majoriti dua pertiga kerusi yang berjaya dimenangi.

Gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi iaitu melebihi 21 kerusi DUN yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah daripada keseluruhan 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP merupakan penyumbang terbesar apabila menang kesemua 19 kerusi yang ditandingi.

Kesemua calon DAP menang dengan majoriti besar, manakala BN hanya memenangi dua daripada enam kerusi yang ditandingi, PKR menang tujuh daripada 13 kerusi manakala Amanah hanya menang satu kerusi.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional menang di 11 daripada 40 kerusi yang ditandingi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!