Peruntukan RM2 bilion bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara - Anwar
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara untuk membolehkan pemangkin kewangan secara teradun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Perdana Menteri berkata, kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan di bawah pasaran.
"Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di sini, hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!