Semangat patriotik
GELAGAT kanak-kanak, Muhammad Zulfiqal Izham Mohd Azam, 13 bersama Siti Maizatul Aleeya Baharun, 14 dan Siti Marsyaidatul Aleesya Baharun, 12, bermain dengan seekor kerbau sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 ketika tinjauan di Kampung Dusun hari ini.
Semangat patriotik perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak bukan sahaja ketika dalam bulan kemerdekaan malah perlu dizahirkan dalam kehidupan seharian sekali gus memastikan negara tercinta ini terus aman dan sejahtera.
Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan 31 Ogos ini dengan bertemakan 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!