Chelsea pinjamkan Lukaku kepada Roma
ROMELU Lukaku akan kembali bergandingan dengan bekas jurulatihnya, Jose Mourinho apabila Chelsea bersetuju meminjamkan penyerang Belgium itu kepada kelab Serie A, AS Roma.
Menurut laporan media Itali, Roma akan membayar 5.8 juta euro (RM29.23 juta) kepada Chelsea dan Lukaku akan dibayar gaji 7.5 juta euro (RM37.80 juta) setahun.
Di Roma, Lukaku akan bergandingan semula Mourinho yang sebelum ini pernah melatihnya ketika mereka bersama-sama berada di Chelsea dan Manchester United.
Untuk rekod, penyerang berusia 30 tahun itu kembali berpindah ke Chelsea pada tahun 2021 dengan harga 115 juta euro (RM579.55 juta) dari Inter Milan.
Lukaku menyertai Chelsea buat kali pertama pada tahun 2011 dan berpindah ke Everton tiga tahun kemudian sebelum menyertai United dan Inter.
Selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama The Blues, Lukaku kembali ke Inter musim lalu sebagai pemain pinjaman yang menyaksikan dia meledak 14 gol.
Roma sudah menandatangani pemain Iran, Sardar Azmoun sebagai pemain pinjaman dari Bayer Leverkusen dan gandingan tengah Paris Saint-Germain (PSG) - Leandro Paredes serta Renato Sanches.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!