Ambang merdeka di KLCC, warga kota disaran naik LRT, MRT

Warga kota yang ingin ke acara sambutan Ambang Merdeka di KLCC disaran menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT sebagai alternatif perjalanan. - Foto 123RF
Warga kota yang ingin ke acara sambutan Ambang Merdeka di KLCC disaran menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT sebagai alternatif perjalanan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin ke acara sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) disaran menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sebagai alternatif perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata, selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

"Langkah ini juga dapat membantu mengurangkan kesesakan yang lazimnya berlaku di stesen LRT KLCC sejurus selepas acara tamat. Pengguna diminta menggunakan kad TnG ketika menggunakan perkhidmatan rel dan memastikan baki mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain stesen LRT KLCC dan MRT Persiaran KLCC, lapan lagi stesen rel lain akan dilanjutkan perkhidmatan hingga jam 2 pagi, sempena sambutan Ambang Merdeka 2023.

Selain itu, semua perkhidmatan rel akan bermula pada 4 pagi pada 31 Ogos bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!