Kerajaan, KFC tak terlibat isu pelajar tahfiz ke konsert - Andrie

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial.
Tangkap layar rakaman video tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang individu dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang memberi penjelasan berhubung tindakan membawa pelajar tahfiz ke Kepci Music Fest 2023, pada Sabtu lalu.

Andrie berkata, pihak kerajaan dan KFC tidak terlibat dengan kehadiran pelajar berkenaan.

Ujarnya, kanak-kanak yang tular memakai jubah hijau dan berserban putih itu adalah dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya.

"Mereka ini adalah dari anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam bahasa Melayu.

"Tujuannya hanya ingin menghiburkan mereka kerana di dalam Islam sendiri tidak membezakan sempadan dan status pendatang haram mereka," katanya.

"Namun demikian, pihak kami juga turut berdukacita di atas ketidakpuasan hati dan perasaan tersinggung daripada pihak tertentu yang terkesan dengan isu yang tertular ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu berikutan video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar tahfiz di konsert tersebut.

Perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan ibu bapa termasuk pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Menurut Andrie, dia bersama rakan-rakan telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim daripada 22 rumah kebajikan seluruh negara.

"Inisiatif ini adalah sepenuhnya dari kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut.

"Tujuannya adalah ikhlas dan jelas untuk menjemput mereka bersama-sama untuk memeriahkan festival tersebut yang turut menyediakan permainan kanak-kanak iaitu 'Bouncing Castle' dan lain-lain," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!