KTHXBYE ditukar ‘Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!’

Papan iklan dibahagian belakang.
Papan iklan dibahagian belakang.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Papan iklan gergasi di persimpangan bertingkat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Jalan Taming Sari, Melaka, yang mencetuskan kontroversi dengan perkataan KTHXBYE telahpun ditukar dengan ‘Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!’

Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin setelah dihubungi Sinar Harian tadi.

Menurutnya, pemasangan papan iklan baharu itu dilakukan 11 malam tadi setelah pihaknya mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar makanan ringan untuk menurunkan papan iklan lama itu.

Katanya, sebelum ini syarikat tersebut tidak mendapatkan kelulusan mengenai penggunaan perkataan singkatan Bahasa Inggeris, KTHXBYE di papan iklan itu sehingga mencetuskan kontroversi.

"Seperti yang berlaku, sepatutnya mereka mendapatkan kelulusan pihak majlis (MBMB) terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan memasang.

"Bila mereka membuat permohonan kita akan menilai dan membuat semakan sama ada mengikut syarat yang ditetapkan ataupun sebaliknya sebelum ia diluluskan," katanya.

Beliau berkata, MBMB sentiasa memantau kelulusan bagi pengiklanan dalam Bahasa Melayu selain tidak bertentangan dengan norma budaya masyarakat.

Tegasnya, mana-mana syarikat yang mahu memasang sebarang papan iklan perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing termasuk kawasan pentadbiran MBMB.

Artikel Berkaitan:

"Antara syarat yang ditetapkan mesti menggunakan bahasa yang betul, perkataan yang tidak mendatangkan kontroversi termasuk gambar yang tidak menyentuh mana-mana sensitiviti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Papan iklan rosakkan bahasa diarah turun serta-merta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!