Empat maut, sembilan cedera serangan hendap di Pattani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
PATTANI - Empat anggota keselamatan maut manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam satu serangan hendap di Yarang, Pattani, Selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin, pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Ketua Polis Yarang, Kol Pol Somprach Kankanon berkata, kumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di tepi jalan telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang menaiki sebuah trak pikap polis dan sebuah motosikal.

"Sebutir bom buatan sendiri juga diletupkan. Ini menyebabkan kesemua lapan anggota keselamatan cedera. Mereka digegaskan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. Dua anggota polis dan dua lagi anggota sukarelawan pertahanan yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

"Selain itu, lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dalam insiden berbalas tembakan dan letupan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat kejadian pada Selasa.
Artikel Berkaitan:


Tambahnya penyerang turut meletupkan beberapa tiang elektrik berdekatan tempat kejadian.

"Letupan itu bertujuan melambatkan bantuan tiba serta gerakan memburu penyerang,” katanya.

Pasukan keselamatan turut menemui lebih 100 kelongsong peluru di tempat kejadian. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!