Contohi kejayaan Khairul Aming, jadilah influencer bertanggungjawab

Khairul Aming ketika berucap selepas dinobatkan pemenang Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023. Foto: FB TV3
Khairul Aming ketika berucap selepas dinobatkan pemenang Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023. Foto: FB TV3
A
A
A

KEMENANGAN pempengaruh media sosial yang juga usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman bagi kategori People’s Choice: Creator of The Year pada TikTok Award 2023 sememangnya menepati ramalan.

Namun, lebih mencuri tumpuan Merak Jalanan ialah ucapan selebriti masakan itu. Ucapannya padat dan ringkas tapi sangat bermakna.

“Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral,” katanya.

Menjadi pempengaruh media sosial, pencipta kandungan atau dikenali juga sebagai content creator kini sebahagian daripada punca pendapatan terutama dalam kalangan generasi muda.

Bagi Merak Jalanan, tak salah pun berlumba-lumba menjana pendapatan dengan menghasilkan kandungan di media sosial tapi ingatlah pesan Khairul Aming – yang masih sekolah, habiskan sekolah dulu!

Sudah tentu ada perbezaan ketara dari segi idea dan kualiti kandungan dihasilkan antara orang berilmu dengan mereka yang hanya mengejar ‘nama’ semata-mata.

Contohilah Khairul Aming yang telah melalui pelbagai onak dan duri sebelum bergelar selebriti media sosial. Ingat, menjadi content creator adalah tentang bagaimana seseorang itu dapat menyampaikan sesuatu bermanfaat, seterusnya menyumbang kepada negara.

Satu lagi nasihat beliau ialah jika nak jadi content creator kena ada banyak pengetahuan, tahu tentang critical thinking, ada ilmu problem solving, kena jaga adab dan ada common sense, barulah boleh kekal relevan sepanjang masa.

Artikel Berkaitan:

Jadi kepada golongan muda, janganlah ghairah sangat ‘nak kaya’ awal hingga pelajaran tercicir entah ke mana.

Apa juga bidang pekerjaan yang kita ceburi, ilmu pengetahuanlah akan membezakan kedudukan dan pencapaian kita dengan individu lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!