Jaga kebersihan, letak harga munasabah: MBSA
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan peniaga-peniaga bazar Ramadan agar memastikan harga juadah yang dijual adalah munasabah.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, selain menjaga aspek kebersihan, harga juadah juga memainkan peranan untuk menarik pelanggan.
“Selain menjaga aspek kebersihan dan ketertiban penyediaan juadah makanan dan minuman, adalah perlu bagi peniaga untuk memastikan harga dijual dengan harga yang munasabah dan tidak terlalu mahal.
“Sekiranya dijual dengan harga yang berpatutan dan juga menjaga kebersihan, sudah pasti pengunjung akan berulang kali datang," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam Sinar Harian menyiarkan keluhan pengunjung bazar Ramadan di Shah Alam yang menyifatkan harga mahal.
Terdapat juga rungutan tentang kegagalan peniaga mempamerkan harga juadah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!