Ibu hembus nafas terakhir 30 minit selepas anak nikah

Tangkap layar menerusi video di TikTok ketika Ika menemui arwah ibunya buat kali terakhir dan ketika ayah Ika berkerusi roda pada majlis pengebumian isterinya.
Tangkap layar menerusi video di TikTok ketika Ika menemui arwah ibunya buat kali terakhir dan ketika ayah Ika berkerusi roda pada majlis pengebumian isterinya.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita yang baharu bergelar raja sehari diuji dengan pemergian ibu tercinta kira-kira 30 minit selepas diijab kabul.

Perkara tersebut dikongsi rakan karibnya, Mohd Asmawie, 32, di TikTok dengan keizinan pengantin tersebut, Nurul Atiqah, 32, yang melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu.

Sekitar majlis pernikahan Ika.
Sekitar majlis pernikahan Ika.

Menurutnya, Nurul Atiqah ditemani suami bergegas ke hospital apabila dimaklumkan saudara bahawa ibunya sedang kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sebaik sahaja tiba, ibu Ika telah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Hari yang sepatutnya paling menggembirakan setelah bergelar pasangan suami isteri bertukar menjadi momen paling mendukakan buat kawan baik saya.

“Ika dan suami kembali semula ke majlis pernikahan kira-kira satu jam selepas kejadian walaupun dalam keadaan sedih bagi menghormati tetamu yang hadir dari jauh sebelum menguruskan jenazah ibunya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Kek dipotong selepas majlis tahlil selesai.
Kek dipotong selepas majlis tahlil selesai.

Ujar Mohd Asmawie, ibu Nurul Atiqah dimasukkan ke hospital dua hari sebelum majlis tersebut berlangsung akibat serangan angin ahmar.

Namun, majlis pernikahan tetap diteruskan kerana persiapan perkahwinan yang telah lama dilakukan iaitu sejak setahun lalu selain rombongan pihak pengantin lelaki yang datang jauh dari Kedah.

"Memang Ika sudah rancang dari awal tidak mahu buat majlis bersanding, hanya buat yang wajib sahaja (majlis nikah) kerana ibu dan ayah yang kurang sihat.

“Ayah Ika juga berkerusi roda sejak dua atau tiga tahun lalu selepas pembedahan pintasan jantung dan penyakit kencing manis,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!