Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - KPN
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata, perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.
"Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat)," katanya ringkas kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata, JIPS akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!