Tiada perubahan di Kedah selepas setahun

Syed Mohd Johan Rizal
Syed Mohd Johan Rizal
A
A
A

ALOR SETAR - Orang ramai masih tertanya-tanya apa perubahan yang telah dibawa di Kedah selepas genap setahun pemerintahan kerajaan PH pada 9 Mei lalu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, masih belum ada idea baharu yang telah berjaya mengubah pembangunan Kedah dan mempertingkatkan daya ekonomi orang Kedah terutamanya di kampung yang rata-ratanya adalah petani.

Menurutnya, ramai juga yang tertanya-tanya dan memperkatakan rekod pencapaian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan barisan exconya sejak mereka menang pada 9 Mei tahun lepas.

"Dalam masa setahun hanya masih merancang adalah satu situasi yang amat lemah. Belum masuk fasa perlaksanaan lagi yang nanti kelihatan banyak tempangnya.

"Walaupun ada pengumuman berbilion, namun kesannya tidak dirasai rakyat hari ini malah apa yang diumumkan entah bila akan membuahkan hasil, entah-entah terkandas di tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO menuntut agar kerajaan PH lebih fokus kepada poket dan perut rakyat daripada projek-projek besar yang lebih menguntungkan kroni-kroni tertentu.

"Cukuplah setahun memberi helah dan sudah tiba masanya rakyat mahu melihat janji ditunaikan dengan sebaiknya," katanya.

Dakwanya lagi, Exco Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris pernah berkata, antara yang telah dilaksanakan adalah Program Kasih Ibu Darul Aman (Kida) tetapi berdasarkan maklumat program itu belum dilaksanakan lagi dan cara penyampaian juga belum lengkap.

Artikel Berkaitan:

"Maknanya belum ada seorang pun lagi yang telah menerima Kida. Perancangan bukan kejayaan sekiranya belum dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sampai kepada golongan sasaran," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!