Maritim Malaysia giatkan pencarian kru kapal jatuh laut

Maritim Malaysia giat mencari seorang kru kapal yang terjatuh ke dalam laut di Perairan Pintu Gedung tengah, di sini, tengah malam Selasa. Gambar kecil: Peligres Jaime Langusta
Maritim Malaysia giat mencari seorang kru kapal yang terjatuh ke dalam laut di Perairan Pintu Gedung tengah, di sini, tengah malam Selasa. Gambar kecil: Peligres Jaime Langusta
A
A
A

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor giat mencari seorang kru kapal yang terjatuh ke dalam laut di Perairan Pintu Gedung tengah, di sini, tengah malam Selasa.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, mangsa seorang lelaki warga Filipina dikenali sebagai Peligres Jaime Langusta.

"Ketika kejadian, mangsa berusia 57 tahun itu bersama seorang lagi kru telah ditugaskan untuk menurunkan 'pilot ladder' dan menyambut tali dari bot Pilot Teguh 8 sebelum terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Sharenliza berkata, kru bot Pilot Teguh 8 telah berusaha mencampakkan 'lifebouy' serta jaket keselamatan ke arah mangsa, namun tiada tindak balas.

"Kru bot Pilot Teguh 8 juga difahamkan telah berenang ke arah lelaki itu, namun mangsa telah tenggelam berikutan hujan lebat dan angin kencang," katanya.

Beliau berkata, operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru dteruskan bermula jam 8 pagi.

"Kita telah mengatur gerak Bot Pengalang 10 bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mohd Sharenliza berkata, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) yang dikoordinasikan Maritim Malaysia telah diaktifkan bermula jam 12.30 tengah malam Selasa dengan memperluaskan sektor pencarian meliputi sekitar perairan Pulau Pintu Gedung Klang.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa sama, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah diwujudkan di bilik gerakan Krisis Westport bagi mengkoordinasikan insiden Carilamat.

"Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju hujan berwarna kuning dan memakai helmet keselamatan berwarna putih sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam laut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!