Penjawat awam Pahang terima bantuan khas penghargaan RM300
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Rabu melibatkan penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak.
"Bantuan khas itu melibatkan 8,000 penerima dengan implikasi kewangan RM2.4 juta.
"Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Wan Rosdy juga berharap penjawat awam Pahang dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!