Jaket mirip 'keyboard' dijual RM2,890

Jaket rekaan Liminal Work berbentuk keyboard yang dijual sejak bulan lalu. - Agensi
Jaket rekaan Liminal Work berbentuk keyboard yang dijual sejak bulan lalu. - Agensi
A
A
A

NEW YORK - Sebuah syarikat pereka fesyen mereka sebuah jaket unik mirip papan kekunci atau keyboard yang menampilkan 54 huruf aksara yang diletakkan secara berasingan di pakaian tersebut.

Perekanya, Liminal Work berkata, idea mereka jaket tersebut muncul selepas melihat susunan papan kekunci komputer dan mengaplikasikan rekaan dalam fesyen pakaian mengikut citarasa terkini.

"Jaket ini diperbuat daripada nilon kalis air selain beberapa poket mempunyai zip dan bahagian bawah yang boleh laras mengikut keselesaan pemakainya," katanya.

Malah, jaket ini dikatakan sesuai digunakan pada musim sejuk dan turut selesa dipakai semasa cuaca kurang panas.

Syarikat ini mengeluarkan hanya dua kombinasi warna hitam kelabu dan putih kelabu. Harga dijual di pasaran sekitar AS$623 (RM2,890). - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!