Larangan beg plastik: Didik seawal usia kanak-kanak
SHAH ALAM - Mendidik orang ramai larangan menggunakan beg plastik perlu diberi penekanan sejak awal lagi seusia kanak-kanak.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, bukan mudah untuk mendidik rakyat agar tidak menggunakan beg plastik.
Menurutnya, ia perlu dilaksanakan sejak dari kanak-kanak lagi dengan penekanan konsep penjagaan alam sekitar dan bahayanya menggunakan beg plastik.
"Namun, dalam soal ini kita tidak berputus asa, kita juga berkempen di bazar Ramadan melalui setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggalakkan pelanggan membawa beg kitar semula atau bekas sendiri," katanya berkaitan penggunaan beg plastik di bazar Ramadan.
Katanya lagi, pasar malam dan bazar Ramadan memang tidak terikat dalam kempen bayar 20 sen untuk caj beg plastik.
"Pasar raya dan kedai 24 jam dikenakan untuk bayaran 20 sen bagi caj beg plastik tetapi ia tidak melibatkan pasar malam atau bazar Ramadan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!