'30 tahun berlalu, tapi macam semalam suami terkorban' - Isteri anggota Malbatt
BERITA SEMASA 30 OGOS 2023
Misi operasi tentera Malaysia menyelamatkan tentera Amerika Syarikat terperangkap dalam perang saudara di Somalia sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Pengaman Malaysia (Malbatt 1), Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang sudah berlaku 30 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Isteri Allahyarham Mat Aznan, Siti Zauyah Yahya, 57, berkata, kejadian yang berlaku sekitar Oktober 1993 turut menyaksikan sembilan lagi tentera cedera membuktikan mereka adalah wira negara kerana menggadai nyawa memikul tanggungjawab dan amanah diberikan.
Allahyarham Mat Aznan terkorban dalam pertempuran di Bakara Market atau dikenali sebagai Black Hawk Down dalam satu misi berani mati Malbatt 1 menyelamatkan 70 tentera Ranger dan Delta Force Amerika Syarikat di Mogadishu, Somalia sekitar Oktober 1993.
Muzik: bensound.com