Al-Qalam bersama media rai golongan asnaf

Sumbangan disampaikan kepada golongan memerlukan pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.
Sumbangan disampaikan kepada golongan memerlukan pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.
A
A
A

PUCHONG - Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) Malaysia rai golongan asnaf dan kurang mampu dalam program sentuhan kasih di pusat rawatan itu semalam.

Program yang diadakan bersama unit berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar Harian bertujuan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Presiden Al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, sumbangan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Ia merupakan program yang cukup bertuah bagi Al-Qalam sendiri apabila kita mengadakannya bersama RTM dan juga Sinar Harian kali ini.

Baharudin menyampaikan sumbangan dan berbual dengan penerima pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.
Baharudin menyampaikan sumbangan dan berbual dengan penerima pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini semalam.

"Dalam program ini, kita sampaikan sumbangan kepada 77 asnaf dan golongan memerlukan berupa wang tunai dan produk daripada Al-Qalam sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sentuhan Kasih bersama unit berita RTM dan Sinar Harian di Kampung Tengah B, Batu 13 di sini.

Katanya, walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia setidaknya dapat meringankan bebanan penerima.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, kita harapkan apa yang kita sampaikan ini dapat memberikan keceriaan kepada penerima menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Serahan bubur lambuk turut disampaikan oleh personaliti RTM kepada orang ramai.
Serahan bubur lambuk turut disampaikan oleh personaliti RTM kepada orang ramai.

"Masa sama, kita turut mengadakan program serahan sebanyak 1,500 bubur lambuk kepada orang ramai," katanya.

Turut hadir sama dalam program ini adalah penyampai-penyampai berita RTM.

Hadir sama merasmikan majlis adalah Pengarah Berita Ehwal Semasa, Che Rohana Che Omar.

#puchong #Al-Qalam #SinarHarianEdisiSelangorKL PUCHONG - Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) Malaysia rai golongan asnaf dan kurang mampu dalam program sentuhan kasih di pusat rawatan itu semalam. Program yang diadakan bersama unit berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar Harian bertujuan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik. Presiden Al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, sumbangan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan. "Ia merupakan program yang cukup bertuah bagi Al-Qalam sendiri apabila kita mengadakannya bersama RTM dan juga Sinar Harian kali ini. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/27647/EDISI/Selangor-KL/Al-Qalam-bersama-media-rai-golongan-asnaf

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, May 11, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!