Rampasan kuasa di Gabon: Kesemua rakyat Malaysia selamat

Kementerian Luar Negeri
Kementerian Luar Negeri
A
A
A
PUTRAJAYA - Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria yang ditauliahkan serentak ke Gabon mengesahkan kesemua rakyat Malaysia di Gabon berada dalam keadaan selamat, susulan pengumuman rampasan kuasa oleh pihak tentera di negara itu.

Menurut kenyataan kementerian, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja beralamat di No. 4A, Plot 2232 B, Rio Negro Close

Off Yedseram Street, Maitama Abuja, Nigeria.

Telefon : +234 92908488, +234 7031365197 (Pegawai Bertugas), e-mel: mwabuja@kln.gov.my.

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Media pada Rabu melaporkan sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di televisyen tempatan negara ini dan mengumumkan mereka telah merampas kuasa.

Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan memperoleh 64.27 peratus undi, lapor Agensi Anadolu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!