Nak berhibur boleh tapi jagalah sensitiviti rakyat Malaysia

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

DALAM dua bulan ini, berlaku dua kejadian kontroversi melibatkan acara hiburan di dalam negara.

Kedua-duanya mencetuskan ketegangan melibatkan sensitiviti agama yang pada Merak Jalanan tidak seharusnya berlaku.

Pertama ialah Good Vibes Festival pada 21 Julai lalu melibatkan kumpulan muzik pop rock dari Britain, The 1975 yang melakukan perbuatan tidak senonoh di atas pentas.

Vokalisnya, Matty Healy bukan sahaja mabuk, malah mempromosikan budaya LGBT apabila bercium dengan pemain bass, Ross MacDonald.

Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga kerajaan mengarahkan agar festival muzik di Sepang yang berbaki dua hari itu, dihentikan serta-merta. The 1975 juga disekat masuk ke Malaysia.

Baru sahaja reda, tiba-tiba muncul pula kontroversi penganjuran Kepci Music Fest di Stadium Malawati.

Dalam acara hiburan berkenaan, tular video memperlihatkan pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih turut hadir ke acara berkenaan.

Tampil menjelaskan situasi berkenaan, Andrie Ung Han Xiang memberitahu kanak-kanak tersebut dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya.

Artikel Berkaitan:

Penjelasan Andrie pada Merak Jalanan sungguh mengejutkan kerana tidak seharusnya pelajar tahfiz dibawa ke acara hiburan seperti itu.

Walaupun mungkin niat Andrie itu baik kerana menaja tiket untuk pelajar dari rumah kebajikan, namun tempatnya tidak sesuai, malah boleh menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, seolah-olah mahu mencemarkan pemikiran pelajar tahfiz.

Merak Jalanan berharap selepas ini tidak berlaku lagi kontroversi dalam acara hiburan yang dianjurkan.

Bagi pendapat Merak Jalanan, nak berhibur itu tak salah, tapi semua pihak daripada penganjur, artis, penaja sehinggalah kepada penonton sendiri, kenalah bertanggungjawab jaga adab dan sensitiviti seluruh rakyat Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!