Hujan lebat tak halang 20,000 penduduk Kedah rai sambutan Merdeka

Orang ramai tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Khamis.
Orang ramai tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penduduk di seluruh Kedah membanjiri bandar raya ini demi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Dataran Medan Bandar, di sini pada Khamis.

Orang ramai dilihat tidak mengendahkan hujan apabila tidak berganjak dari kedudukan masing-masing untuk menyaksikan kemeriahan sambutan tersebut.

Ada yang sanggup berpayung dan berbaju hujan, malah ada juga yang berkhemah demi memastikan tidak terlepas peluang meraikan detik bersejarah tersebut.

Mereka sanggup berkumpul seawal jam 7 pagi di sepanjang laluan dari Pekan Melayu hingga ke Dataran Medan Bandar dan Masjid Zahir.

Kontijen ATM turut menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Dataran Medan Bandar, di sini pada Khamis.
Kontijen ATM turut menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Dataran Medan Bandar, di sini pada Khamis.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan berkenaan kira-kira jam 9.20 pagi.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah,Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Artikel Berkaitan:

Perarakan bermula jam 9.45 pagi itu melibatkan 3,700 peserta terdiri daripada 115 kontinjen terdiri pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri, Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun, swasta, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan, kelab serta sekolah.

Perarakan sempena hari bersejarah itu turut disertai Kontinjen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos lepas.

Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Antara lain, Pejabat Tanah dan Galian Kedah,Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK), Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, dan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia.

Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah turut sama menyertai perarakan itu.

Perbarisan turut diserikan dengan persembahan hiburan, pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid, pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Che Tom dan nyanyian koir Wisma Darul Aman.