Guardiola diyakini kekal bersama City

Guardiola - Foto Agensi
Guardiola - Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH Pep Guardiola diyakini akan terus bersama Manchester City setelah kontraknya di Etihad dijadualkan tamat pada 2025.

Ia susulan khabar angin bahawa jurulatih berusia 52 tahun itu akan meninggalkan kelab itu setelah sembilan tahun bersama The Citizens.

Bagaimanapun legenda City, Sergio Aguero percaya pengendali Sepanyol itu akan kekal menggalas tanggungjawabnya.

“Kita hanya perlu tunggu dan lihat,” ujar Aguero mengulas masa depan Guardiola bersama City.

Guardiola sebelum ini meluahkan rasa selesa bersama The Citizens dan dia perlu membuat keputusan pada masa yang sesuai.

“Melihat kepada rekodnya, Guardiola sudah menyambung kontraknya sekali sebelum ini, manakala tempohnya bersama pasukan lain lebih singkat.

“Tidak mustahil perkara itu berlaku sekali lagi kali ini,” kata Aguero.

Sekiranya Guardiola mengambil keputusan menamatkan tempohnya di Etihad pada 2025, beliau akan diingati kerana berjaya membantu City merangkul deretan trofi termasuk muncul juara Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!