Menang di Sandakan bukti rakyat terus sokong PH

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berkata sesuatu kepada calon DAP Vivian Wong Shir Yee (kanan) sewaktu menghadiri Majlis Ceramah Umum Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen P186 Sandakan di Bandar Prima Selasa lalu. Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang (tengah). - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan Vivian Wong Shir Yee sebagai bukti rakyat masih memberi sokongan padu kepada Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, beliau berkata, kepimpinan PH tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan tersebut sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi memastikan taraf ekonomi rakyat terus terbela di setiap peringkat.

"Tahniah diucapkan kepada saudari Vivian Wong kerana diberi mandat oleh rakyat Sandakan sebagai Ahli Parlimen baharu kawasan ini. Kemenangan ini jelas menunjukkan rakyat masih memberi sokongan dan dokongan padu kepada PH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemarau PRK PH berakhir, Sandakan milik DAP

Dalam pada itu, Anwar berkta, pemimpin PH juga dinasihatkan untuk menggerakkan segala usaha membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam merealisasikan tujuh teras strategik bagi mencapai matlamat Kemakmuran Bersama yang diumumkan baru-baru ini.

"Sekali lagi tahniah diucapkan kepada saudari Vivian Wong di atas kemenangan ini dan saya yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab ini dengan baik seperti mana yang dilakukan mendiang bapanya," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan