Budak ditemukan lemas dalam dasar sungai

Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai ketika operasi SAR dilakukan di kuala sungai Kampung Serusup Tuaran.
Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai ketika operasi SAR dilakukan di kuala sungai Kampung Serusup Tuaran.
A
A
A

TUARAN - Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di kuala sungai bersama dua rakannya ditemukan lemas di Kampung Serusup di sini pada Khamis.

Mayat Syaza Wardiah Muesa, 12, ditemukan di dasar sungai pada kedalaman 4.5 meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada jam 11.47 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua dimulakan seawal jam 6.23 pagi.

"Mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang dan berada di dasar sungai ketika pasukan penyelam melakukan pencarian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pasukan PPDA turut berada di lokasi untuk melakukan selaman bagi mencari mangsa.
Pasukan PPDA turut berada di lokasi untuk melakukan selaman bagi mencari mangsa.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan mangsa dikhuatiri lemas manakala dua lagi terselamat ketika mandi di kuala sungai kira-kira jam 2 petang Rabu.

Artikel Berkaitan:

Dua rakan mangsa iaitu, Adum Rusdi, 13, bersama adiknya Ehsan, 10, sempat diselamatkan sebelum dibawa ke hospital.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!