Ubi muda Chelsea menyerlah

Fernandez meledak gol kemenangan Chelsea ketika menjinakkan Wimbledon, 2-1 dalam aksi Pusingan Kedua Piala Liga di Stadium Stamford Bridge, pada Khamis.
Fernandez meledak gol kemenangan Chelsea ketika menjinakkan Wimbledon, 2-1 dalam aksi Pusingan Kedua Piala Liga di Stadium Stamford Bridge, pada Khamis.
A
A
A

CHELSEA menyangkal dakwaan kelab London itu gagal menyerlahkan prestasi sebenar ketika menyingkirkan cabaran kelab Divisyen Dua, AFC Wimbledon, 2-1 dalam Pusingan Kedua Piala Liga di Stadium Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Sebaliknya, pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino memuji karakter pemain muda The Blues apabila bangkit ketinggalan satu gol bagi mengatasi The Dons kendalian Johnnie Jackson selepas beberapa kelab Liga Perdana Inggeris itu disingkir kelab kurang ternama.

“Saya rasa kita melihat situasi saingan Piala Liga terlalu negatif terutama apabila banyak kelab Liga Perdana Inggeris yang terkeluar dari pertandingan.

“Sejujurnya pada saya dalam konteks Piala Liga ini ia perlu dilihat secara positif dengan menampilkan kualiti sebenar dimiliki setiap pasukan Liga Perdana Inggeris.

“Dalam situasi kami, mungkin tanpa tonggak utama, dalam kalangan pemain diturunkan harus menjaringkan gol awal dan lebih banyak gol selepas itu,” katanya selepas perlawanan di London tersebut.

Dalam perlawanan itu The Dons asuhan Johnnie Jackson yang kini kelab tangga kelima Divisyen Dua terlebih mendahului menerusi James Alexander David Tilley pada minit ke-19.

Namun gol sepakan penalti Noni Madueke minit ke-46 diikuti penyudah tajam daripada Enzo Fernández (m-72) sudah cukup membolehkan anak buah Pochettino menanti kunjungan Brighton & Hove Albion dalam aksi Pusingan Ketiga Piala Liga di Stadium Stamford Bridge pada 26 September ini.

Pada masa sama Pochettino tidak menafikan The Blues berdepan saingan sengit dan tekanan The Dons sepanjang perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Ya, Wimbledon menampilkan corak permainan yang sangat bagus biarpun kelab Divisyen Dua, namun kualitinya berada tahap sangat tinggi.

“Sejujurnya corak permainan sukar dihadirkan Wimbledon tidak mengejutkan saya kerana pernah berada di sini ketika bersama Tottenham, dan sekali lagi situasi sama juga berlaku dalam perlawanan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!