Lima bintang untuk MALBATT: Misi Bakara

Biarpun ada di antara pelakon muncul untuk tiga ke empat babak, namun tetap memberikan yang terbaik.
Biarpun ada di antara pelakon muncul untuk tiga ke empat babak, namun tetap memberikan yang terbaik.
A
A
A

KETIKA pertama kali mengetahui pengarah Adrian Teh menghasilkan filem berkisar kisah benar sejarah 19 askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihantar ke misi berbahaya untuk menyelamatkan 70 tentera Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara, Somalia semasa perang saudara pada 1993, penulis memang teruja.

Selama ini kita ditayangkan dengan kisah sama dalam filem Black Hawk Down sejak 2001, tetapi filem itu tidak pernah menceritakan siapa yang menyelamatkan askar AS ketika terperangkap di Pasar Bakara.

Berbalik kepada MALBATT: Misi Bakara, Adrian sekali lagi berjaya menghasilkan filem yang bakal membuka mata generasi muda tentang tugas sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM) bukan hanya di dalam negara, tetapi juga di luar negara.

Adrian membina semula aset ketenteraan pada tahun 90-an untuk disesuaikan dengan jalan cerita.
Adrian membina semula aset ketenteraan pada tahun 90-an untuk disesuaikan dengan jalan cerita.

Malah, demi memastikan penonton dapat melihat suasana sebenar yang berlaku pada tahun 1993 itu, Adrian menggunakan 70 peratus daripada kos RM20 juta filem ini untuk membina semula aset dan seragam tentera pada ketika itu.

Filem yang menjalani penggambaran sebanyak 90 peratus di Gaziantep, Turki itu, melibatkan pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

Turut terlibat adalah Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari, Theebaan G dan pelakon berdarah Somalia yang kini semakin bersinar di pentas Hollywood, Musa Aden.

Antara babak dalam MALBATT Misi Bakara.
Antara babak dalam MALBATT Misi Bakara.

Artikel Berkaitan:

Perjalanan filem ini tentu sekali menceritakan tentang pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) ketika terlibat dalam operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia ketika perang saudara di sana.

Dalam peristiwa itu, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh dan dikepung oleh ribuan pengikut Farrah Aidid.

Imbas semula

Setiap pelakon memainkan peranan dalam filem ini.
Setiap pelakon memainkan peranan dalam filem ini.

Perjalanan filem itu tidak sukar untuk difahami kerana Adrian menyusun setiap kisah secara teratur dan teknik imbas semula dimasukkan secara minimal.

Biarpun ada ramai pelakon, setiap seorang daripada mereka mempunyai fungsi masing-masing walaupun ada ketikanya hanya muncul dalam beberapa babak sahaja.

Adrian bijak mengunci perhatian penonton dengan pantas memasukkan babak tegang melibatkan misi menyelamat sekumpulan tawanan perang di sebuah hotel.

Filem tersebut seterusnya bergerak santai sebelum kembali tegang apabila pasukan tentera sudah mula diarahkan untuk misi menyelamat. Pada babak ini nanti, penonton akan dihidangkan dengan banyak aset tentera pada masa itu, cara mereka berinteraksi, cara pengendalian senjata dan banyak lagi.

Tidak mahu penonton sentiasa berasa tegang, sesekali pelakon menyelitkan sedikit unsur komedi agar ia dapat mengimbangi suasana dan mood menonton.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!