Presiden FAM bakar semangat Harimau Malaya, Harimau Muda

Hamidin
Hamidin
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ada menitipkan pesanan penting kepada skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda yang bakal mengharungi tugasan pada September ini.

Hamidin menuntut Harimau Malaya dan Harimau Muda mempamerkan peningkatan prestasi apabila masing-masing bakal mengharungi aksi persahabatan dan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

“Medan ujian buat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari depan adalah bermula dengan dua aksi persahabatan di China pada September ini.

“Sudah tentu, ini menjadi medan ujian terbaik buat kita mempamerkan kemampuan sebenar bagi bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia,” katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Syria pada 6 September ini sebelum berdepan dengan China tiga hari kemudian dalam aksi persahabatan di Chengdu, China.

“Saya tahu yang anda keletihan kerana mengharungi jadual perlawanan domestik dan antarabangsa di sepanjang tahun. Namun, apabila bermain untuk negara, bermainlah dengan sepenuh jiwa dan sehabis baik," ujarnya.

Terdahulu, Hamidin turut membakar semangat skuad Harimau Muda yang akan mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand.

“Peluang untuk mewakili Malaysia tidak harus disia-siakan dan saya berharap anda semua mampu melakar sejarah di Chonburi,” kata Hamidin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!