Syarifuddin tekad tampil lebih baik di GP Catalunya

Syarifuddin. - Foto ZK Racing
Syarifuddin. - Foto ZK Racing
A
A
A

PELUMBA sensasi Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok mengharapkan tuah mengiringi perlumbaan di Grand Prix (GP) Catalunya pada hujung minggu ini.

“Ya, minggu ini merupakan masa untuk saya berlumba di Catalunya dan saya tidak sabar kerana Catalunya antara litar kegemaran saya.

“Sebelum ini saya pernah meraih kemenangan di sini semasa saingan CEV Moto3 pada 2021.

“Pada tahun 2021 di sini juga saya mengakhiri dua perlumbaan di tempat kedua dalam saingan sama (JuniorGP sebelum ini dikenali CEV Repsol).

“Dan pada kali ini, saya harap dapat menghadirkan keputusan yang lebih baik seterusnya memperbaiki kedudukan,” kata Syarifuddin yang berusia 21 tahun itu.

Trek sepanjang 4.66 kilometer (km) itu antara litar kegemaran Syarifuddin yang pernah menghadirkan beberapa penamat podium ketika menyahut cabaran Kejuaraan JuniorGP Dunia pada 2021 dan 2022.

Sebagai rekod, Syarifuddin mengumpul lima mata untuk berada dalam kalangan kedudukan ke-24 keseluruhan.

Kali terakhir Syarifuddin meraih mata di GP Argentina, April lalu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Syarifuddin juga berada di kedudukan kelima klasifikasi Pelumba Rookie Terbaik Tahunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!