Pahang tubuh Sekretariat Perantau Anak Pahang
KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Perantau Anak Pahang berpusat di Kuala Lumpur, tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu lalu.
Menurutnya, sekretariat itu dijangka akan beroperasi Oktober ini.
"Sekretariat Perantau Anak Pahang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi mengkordinasikan program-program bantuan seperti Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dan aktiviti-aktiviti perantau anak Pahang.
"Sekretariat ini juga akan menjadi penghubung dan membantu kerajaan negeri membuat perancangan untuk kebajikan dan pembangunan rakyat Pahang yang berada di luar negeri Pahang," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Wan Rosdy berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan perantau anak Pahang melalui sekretariat itu diharap akan terjalin dengan lebih erat demi kebaikan bersama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!